Friday, October 21, 2011

~ jatuh bangunan...??? kecoh....!!! ~ (apabila semua orang nak jadi reporter)

Assalamualaikummm......

Semalam kat office aku kecoh diorang ni masing-masing nak jadi reporter tak ber-tau-liah. ape hal nye..??? al-kesah. aku nk berdialog sikit.

so. tongkat dagu semua sambil buat muka fokus~

Reporter pertama:     "ado oghey jatuh baguney. hok cuci tingkap banguney kito" (loghat kelantan)
Aku & kwn aku:         " hah? yeke. jatuh ke bawah terus.? dari tingkat berape.? mati ke.? (banyak betul soalan)
Reporter pertama:     "dop tahu. gi aa tengok kat sebelah. nampok tali dio tegantung"

Kawan aku dengan makcik (P.A boss aku) dah mcm paparazzi dah kelam kabut pegi depatrment sebelah nak tengok. aku...??? duduk kat tempat sambil mate dok tengok pc. haha~ ape.? nape korang gelak jugak.? ape yang sedang korang pikir tentang aku haaa....???

aku penakut...???
aku tak suke menyebok...???
aku fobia...???
aku tak mau amik tahu...???
aku tak perihatin....???

aku pon tak tau kenapa kaki aku berat nak melangkah and bontot aku tak mau bangun dari kerusi ni. mungkin aku malas nak di gelar minah kepoh. sebab ape? sebabbb bile aku tengok kwn aku dengan makcik ni kelam-kabut-tekocoh-kocoh bergegas ke depatment sebelah. dalam pikiran aku terus terdetik

"ish-sih...kecoh nye. kalut nak pegi tengok. macam lah nk pegi tolong angkat orang tu. dah macam mak joyah dapat brita sensasi pon ade"


teruk ke pikiran aku.? korang rase.? ok. kejap lagi kita buat andaian. cerita aku belum habis lagi. hehee

Reporter kedua:   "Ade orang jatuh bangunan. ramai orang pegi tengok kat bawah tu"
Aku:                      "oo..yeke. mati ke.? ramai pegi tengok.?" (masih melekat di tempat duduk)
Reporter kedua:   "ramai...pegi lah turun kalau nak tengok"
Aku:                       "tak mau lah"


Tak lame lepas tu kwn aku dengan P.A. yang aku gelar makcik tu dok riuh-riuh. dari laluan toilet aku dah dengah suara diorang buat macam-macam spekulasi. aku? still dengan muke tak de perasaan.

Kawan aku:    "Ain, jom turun bawah. gi tengok. ramai laaa orang kat bawah tu. ish aku nak gi lah. jom lah" (gaye excited)
Aku:              "tak mau lah aku. mu gi lah tengok. nanti citer kat aku"
Makcik:        "Jom lah ain. turun. kite gi tengok. jom lah." (die nih suke memakse-makse. itu yang aku gelar die makcik. haishh) (gaye excited jugak)
Aku:             "Tak pe lah. akak gi lah"
Makcik:       "Alaaa tak pe. jom lah"
Aku:            "Tak nak lah kak" (aku ckp tak nak tu tak nak lah...!!!)

Keadaan sunyi seketika~ (macam tulis novel plak aku. hahaha)

Reporter ketiga:    "Orang yang cuci tingkap bangunan ni jatuh. mesti mati tu."
Aku:                     "Hah? yeke. dari tingkat brape die jatuh.?"
Reporter ketiga:    "Tingkat 31"
Aku:                     "Hah? eee..giler lah mati ke tu. tingkat 31 kot. tinggi woo. kalo tak mati memang pantang maut sebelum ajal lah tu."
Reporter ketiga:    "hishh...mati. sedangkan lif pon boleh hancur. jatuh straight je.dari atas laju je ke bawah. kak dot-dot (aku tak ingat name) nampak dah tali gondola die nak putus"
Aku:                     "Hah? yeke? jatuh dengan gondola sekali.? haritu ain tengok diorang cuci tingkap berdua. dua-dua lah ni yang jatuh ni. eeee....ngerinye..."
Reporter ketiga:    "Hah dua-dua jatuh. dengan gondola die sekali jatuh. tu ramai dah orang kat bawah. polis, ambulan, bomba semua dah ade tu"
Aku:                    "Eeeee...." (masih tak berganjak dari tempat)


*** ting~ (hah...bunyi pintu lif...ntah-ntah kawan aku dengan makcik dah naik bawak laporan and berita sensasi)

(Kan betul aku ckp~diorang dah naik)


Aku:          "Macam mana..?"
Kwn aku:  "Hidup lagu mu tau...tesangkut kat tingkat 3. mujur laaa. kat bawah ni penuh orang. jalan depan ni pon sampai jem orang pakat slow nak tengok. semua ade. ambulan, polis, bomba, tv3, NTV7, semua ade. aku ni duduk depan-depan sekali ni."
Aku:         "ooo yeke...aku tau sangat mu tu...mesti nak duduk dekat-dekat punya...mu tengok lah orang tu..?"
Kwn aku:   "tengok la. dah aku duduk depan sekali. sampai bomba tu suruh kebelakang sikit. muke die penuh darah-darah mu tau. abis ni semua bedarah-darah. tapi hidup laa. dasyat laa"
Aku:          "yeke...eee...bedarah-darah. malam ni tengok lah berita. ntah-ntah masuk berita muka mu. kan mu duduk depan sekali. haha"


(waktu balik:~ aku balik sorang. jumpe reporter ke-empat kat lif)

Reporter ke-4:          "Turun bawah tak tadi tengok yang orang jatuh tu.?"
Aku:                          "Tak turun. ayu (kwn aku tadi) turun lah dengan kak ila (makcik P.A.).  turun ke.?
Reporter ke-4:          "Tak turun"
Aku:                          "Oooo....diorang kate sangkut kat tingkat 3 kn. jatuh dari tingkat berape.?
Reporter ke-4:         "Entah laa. ade yang kate dari tingkat 31, ade yang kate tingkat 17, ade yang kate tingkat 5. dah macam-macam versi cerita dah."
Aku:                         "Ooo yeke...banyak betul versi cerita diorang kan. kalau dari tingkat 31 logik ke boleh hidup lagi. tingkat 17 pon dah tinggi dah. kalo tingkat 5 tu boleh terima lah lagi kan kalo hidup. dua tingkat je kot. kat tingkat 3 dah tesangkut."
Reporter ke-4:         "Hah tu lah"

Waktu aku jalan balik. nak seberang jalan ke KLCC. ade lah sorang mamat ni. jalan sambil tepusing-pusing kepala tengok bangunan office aku. aku rase die pon dari bangunan yang same. so. atas tindakan die sampai kan aku pon teruja jugak nak tengok bangunan office aku tu. tengok dari atas-ke-bawah-dari bawah-ke-atas-semula. tak ade ape-ape. yelah. kejadian tu dalam pukul 2 petang. mungking diorang dah kemas ape yang patut.

Orang dok kecoh-kalut-sana-sini. aku still relax je. kenape korang rase.? adekah aku tak perihatin? atau tak kesihan dengan kejadian itu.? sebab aku tak kecoh and kalut nak turun ber-kam-pung ramai-ramai kat lobi office semata-mata nak tengok kejadian yang menggemparkan tu.?

Aku rase tak perlu kot aku nak tambah jumlah penonton yang berlungguk macam tengok konsert faizal tahir kat lobi office aku tu. just tengok aje kan. bukan aku boleh tolong selamatkan die kan. polis, bomba, ambulan semua dah sampai. kalau aku tambah jumlah penonton rasenye akan susahkan lagi kerja diorang nak selamatkan mangsa. betul tak.???


so...........

Hari ni....

Aku pon search laa internet nak cari berita sebenar. hah. sape kate aku tak amik tau. aku nak tau cerita yang sebenar. bukan spekulasi dari reporter-reporter tak-ber-tau-liah kat office aku ni. hahaha~
makanya. aku melaporkan berita yang sebenar...hahaha~

Dua parah jatuh bangunan

20/10/2011 7:55pm

KUALA LUMPUR — Dua pencuci tingkap warga asing nyaris maut selepas terjatuh semasa sedang bekerja di tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Kia Peng, di sini hari ini.
Bagaimanapun podium di tingkat tiga bangunan berkenaan telah menyelamatkan pekerja asing Indonesia dan Bangladesh berusia dalam lingkungan 20-an itu, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail.
"Kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila dua pekerja itu melakukan kerja-kerja pembersihan tingkap luar dengan menaiki gondola di bangunan 32 tingkat itu.
"Bagaimanapun, tali gondola itu putus menyebabkan mereka terjatuh di atas podium pada tingkat tiga,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dapat dibawa turun oleh anggota Bomba dengan dibantu orang awam kira-kira setengah jam kemudian.
Azizan berkata, mereka cedera parah termasuk patah kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Dalam kejadian itu, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah dan 14 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira 2.18 petang. — Bernama



Macam tu lah kisah sebenarnya. aku yang duduk kat tempat and tak kecoh-kecoh pon tahu berita yang tepat. heheeee~ =D













::..kesian kat mangsa tu. tak pasal-pasal je jatuh bangunan. tapi nak buat macam mana kan...nak cari rezeki punya pasal. walaupun berisiko tinggi...orang kate nyawa di hujung tanduk. tapi itu yang mampu diorang buat. lagi pon, kalau tak ade orang macam diorang yang sanggup buat kerja berisiko macam ni, ade kau orang nak buat.? tak kan....aku tau..! sebab aku pon takut. and sebab diorang jugak lah tingkap-tinggap bangunan tinggi-tinggi bersih. so...! chaiyokkk....get well soon. boleh cuci tingkap office aku lagik. hehehe~ ...::

No comments: