Monday, February 27, 2012

~ outstation ke Sabah kali ke-2 ~

Salam..... =)



Harini aku baru masuk office setelah seminggu tinggalkan office.

Aku bkn pegi holiday ape tah lagi ber-honeymoon. Nampak sangat aku nipu. kawen pon belum nk honeymoon dengan sape??? 


Kejadah.




Aku kena ke Sabah lagi utk kali ke-dua. Sekali lagi menjadi AJK kursus.

Tahun lepas aku ke Sabah dalam bulan 4. Kalini bln 2.
Lebih kurang hampir setahun jugak lah kan.


So.
Nak di jadikan ceritanya......

1st day sampai Sabah semua berjalan lancar.
Check in hotel.

Rombongan "cik kiah" kitorang stay kat hotel Promenade Kota Kinabalu untuk 4 hari 3 malam.
Kali ni pegi Sabah jadual macam agak padat.
And kami hanya stay kat KK je.

Kalau tahun lepas aku and officemate2 sempat berjimba ulala belagak macam pelancong.
Mana tak nye. siap bejalan jalan meronda sakan and ke pulau pulau di sekitar sabah. Haha~ time tu aku boleh kate yang aku outstation sambil holiday. =D


cukup!
Mukadimah aku dah macam karangan SPM.




1st day pas settle check in hotel bagai. Aku dgn officemate becadang nak pegi pasar Kraftangan @ Pasar Philipin.
Maklumlaa kitorang takut tak sempat nak membeli beli kalau kursus dh start.
Sebab pasar ni tutup awal. Seawal 6.30 - 7.00 ptg diorang dh kemas2 nak tutup dah.


Aku tak banyak membeli. FM je.
And belikan kiriman kwn2.


Malam tu kami melantak ikan bakar.
Sedap.
Memang sedap. lepas tuuu...




Ke esokkan harinya. Kursus.


Tiba-tiba lepas selesai sesi pendaftaran peserta, aku start rase perut lain macam.
Hamekkk. Sakit perut menyucuk2 huhu~


Petang tu aku ditakdirkan kena keracunan makanan.
Bukan aku sorang.
Manager aku and officemate aku pon kena.

Sebab kitorang bertiga je yang makan kuah pencicah ikan bakar.
Padah.


Petang tu aku di hantar ke klinik.



Masuk sebotol air.


So esok nye tu aku dapat MC.
Just rest kat bilik je lah. Nasib baik aku dh settle membeli belah hari isnin petang tu.
Kalau tak.
Kirim salam je lah....











:::.... Buat sementara ni aku mcm fobia sikit nak makan kat gerai-gerai yg open. Tak boleh lupe betul kursus kualiti yg last ni. Sebab aku tak sihat. so takde lah snap pic2 posing time kat Sabah ....:::

4 comments:

Cik Muda said...

2 minggu lagi saya ke sabah...
pe tempat yang menarik boleh kita pegi ea kat sabah tuh??

~ cik AiN pinky ~ said...

oo..yeke..pegi sabah tu area mana..?? kota kinabalu? tawau?

kalau KK boleh pegi pasar kraftangan. boleh pegi Pulau Mabul.

Kalau ke semporna boleh bemalam kat floating chalet. and ke pulau2 kat sabah.

boleh jgk pegi gunung kinabalu. bnyk jgk tempat.

mama tisya said...

kenangan terindah utk terakhir kali kursus...hahahah...smp masuk air kita kn..nasibaik tk msk wad...hehehe

~ cik AiN pinky ~ said...

itu lah pasal.. dah merata tempat kite pegi outstation kat sini plak kena. adehhh. mmg kenangan sungguh haha