Wednesday, March 21, 2012

~ Resepi Tiramisu Cake ~

Salam.... =)


Weekend baru-baru ni aku buat kek Tiramisu. and......
Seperti yang aku janjikan semalam, aku nak bagi resepi kek Tiramisu kan?


Kot laa ade yg teringin nak buat sendiri. Dah jimat kan takyah beli kat SR dah. Kalau kat SR sepotong dah dkt RM10. Ini haa buat sendiri kau makan sampai pengsan hahahaha~



Ok.


Aku pon dapat resepi ni hasil ke gigihan aku ber blog walking. hehehe~
Kalau kau search memang melanbak-lambak resepi Kek Tiramisu ni.
Tapi aku try resepi dari officemate aku. ;)



Bahan-bahan:

1 Paket biskut Lady Fingers @ Biskut Tiramisu
250g Cream Cheese
200ml Whipping Cream
1/2 cawan gula halus
1 sudu serbuk Nescafe
1 cawan air panas
Serbuk KoKo untuk hiasan


Cara-cara:

1. Bancuh Nescafe dengan air panas dan ketepikan.
(untuk sape yang suke pekat boleh lebihkan Nescafe. Tapi aku bancuh Nescafe tu macam nak minum. siap bubuh gula lagi. tp tak banyak lah. hehehe. Kalau nak guna Nescafe 3 in 1 tu pon boleh. Ikut citarasa masing-masing lah kan)

2. Pukul gula+whipping cream+cheese sampai kembang

3. Celup biskut dalam air Nescafe dan susun dalam bekas
(Jangan rendam pulak biskut tu dalam Nescafe. Celup sekejap je. kang berenang-renang pulak biskut kau dalam air Nescafe tu. hahaha~ Sebab biskut tu cepat meresap air)

4. Sapukan adunan cream tadi di atas biskut

5. Tabur serbuk Koko dan ulang step 3 & 4.

6. Tutup dengan aluminium foil dan simpan dalam fridge semalaman.

7. Hias dengan serbuk Koko bila nak makan.



comotsss sikit. heheeee =D










:::.... Makan sejuk-sejuk bessttttt....!!! mcm ice cream cake plak. heheheeeee =) ....:::

6 comments:

Myra Jay said...

Sedapnyerrr..
Tak penah try buat lagi sebab tak jumpa lagi biskut tiramisu tu..hheeee

~ cik AiN pinky ~ said...

kak myra...selain guna biskut tu boleh ganti dgn kek span perisa coffee. hehehe biskut tu boleh beli kat Cold Storage or try cari kat kedai2 kek =)

kalau dah try jgn lupe buat entry naa....heheheee

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
~ cik AiN pinky ~ said...

try. try. try.... =)
ooo...i dh tgk bag2 u....nice... =)

DiNa RiaNa said...

wowww !
takyah masak2 erk ? juz pukul-pukul n celup-celup jerk erk ? macam best . nak try ler . hihi .

~ cik AiN pinky ~ said...

haah dina....sgt senang. campak,pukul,celup,susun + bekukan dannnn makannnnn!!!! hahaha...try..try... =)